Pages

Thursday, October 28, 2010

Sultan Muhammad al-Fateh

Entry kali ini, saya bawakan satu kisah yang mungkin jarang-jarang kita dengar. Ini adalah kisah seorang khulafak islam semasa era pemerintahan Uthmaniah.

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine


Siapakah Sultan Muhammad al-Fateh?




Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M. Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad II dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel.


 
Sejarah Pendidikan
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,  memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad II (ayah kepada Muhammad al-Fateh):


“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.


Di dalam bidang akademik, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda baginda, Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.


Pernah suatu ketika gurunya sengaja merotan Muhammad Al-Fateh dengan teruk tanpa sebab dan tanpa sebarang kesalahan. Selepas puas dirotan, gurunya menerangkan begitulah perasaan orang dizalimi dan orang yang tidak mendapat keadilan sepatutnya. Sejak dari itu, Muhammad Al-fateh belajar perasaan belas kasihan dan sentiasa adil dan saksama antara manusia.


Sultan Muhammad Al-Fateh juga mengajar rakyat-rakyatnya agar taat pada perintah allah dan beliau sering mendidik rohani para tentera serta rakyat-rakyatnya.


Walaupun tidak berstatus ulama, tetapi Sultan Muhammad Al-Fateh amat patuh kepada Allah SWT, sehingga sejarah membuktikan bahawa beliau merupakan salah seorang tokoh politik yang bertaqwa kepada Allah SWT.


p/s: Bagaimana pula pemimpin dan ahli politik di Malaysia?




Kisah dan Teladan
 

Dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera uthmaniyah yang diketuai Sultan Muhammad al-Fateh telah melalui sebuah ladang anggur yang besar. Anggur-anggur di dalam ladang itu sedang masak ranum dan membuatkan siapa memandangnya pasti akan terliur.


Sebelum melalui ladang itu, Sultan Muhammad Al-Fateh mengingatkan tentera-tenteranya agar jangan mengambil anggur tersebut walaupun sebutir, walaupun untuk bersuka-suka. Perjalanan diteruskan hinggalah mereka berhenti untuk berehat. Khemah-kemah didirikan.


Tiba-tiba, pembantu Muhammad Al-Fateh meminta semua tentera berkumpul. Berita Sultan Muhammad Al-Fateh gering dan tenat. Ubatnya menurut tabib hanyalah anggur. Jika tiada anggur untuk berubat, mungkin sultan akan mangkat.


Pembantu tadi meminta pada semua tentera jika mereka ada anggur untuk mengubati sultan.


Mereka cemas dan gelisah. Tiada seorangpun di antara ribuan tentera mempunyainya walaupun sebiji anggur. Ketika itu, terujilah tentera-tentera Muhammad Al-Fateh bahawa bukan sahaja tentera-tenteranya hebat dari segi fizikal dan dalam peperangan, malah rohani mereka juga hebat.


Ternyata seorangpun tentera tidak mengingkari perintahnya.Kemudian, keluarlah Sultan Muhammad Al-Fateh dari khemahnya dan memuji tenteranya serta memberitahu berita itu sekadar ujian.




Empire Kekuasaan


sabda Rasulullah SAW.


“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”
hadis ini telah diungkapkan Rasulullah SAW lebih kurang 800 tahun sebelum kelahiran Muhammad Al-Fateh.


Konstantinopel (Constantinople) adalah sebuah ibu kota empayar Byzantine. ketika itu Konstantinopel terkenal sebagai kota terkuat, terbesar dan terkaya di dunia.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.


Ramai yang beranggapan terlalu mustahil untuk menakluki kota tersebut memandangkan kekuatan kubu serta sistem pertahanan dan juga faktor geografinya.

 
Serangan ke atas Konstantinopel

Sebelum kelahiran Muhammad Al-Fateh, kota ini telah banyak kali cuba ditawan oleh kuasa lain tetapi gagal dan mampu bertahan lebih 1000 tahun.
Di kala beliau hendak melakukan serangan terhadap Kota Konstentinopel, beliau membaca hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa kota Konstentinopel akan dikuasai oleh Islam, di kala raja yang menyerang itu adalah raja yang baik, disamping tenteranya juga adalah tentera yang baik.


Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Rumeli Hisarri


Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.


Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa


Suatu hari, Sultan Muhammad mendengar tentang seorang pembuat meriam yang mahir dan handal bernama urban. tetapi malangnya Urban ketika itu dikurungkan dalam penjara oleh pemerintah constantinople oleh sebab keenganan beliau untuk bekerja sama dengan pemerintah constantinople yang amat zalim pada rakyatnya.


Sultan Muhammad Al-Fateh telah menghantar perisik untuk mengukur tembok, keluasan sungai dan struktur kota itu . Berbekalkan ukuran tersebut, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan agar terowong bawah tanah digali menuju ke bilik penjara Urban. Urban berjaya dikeluarkan.




Urban telah bersetuju bekerjasama dengan kerajaan Uthmaniyah dan telah mencipta meriam yang paling canggih dan paling kuat ketika itu.
Dikatakan bahawa berat bola meriam itu sahaja sudah melebihi 300 KG dan bunyi letupan meriam itu boleh didengari sejauh 5 kilometer.

Berbekalkan semangat jihad, Tentera Islam bergerak ingin menakluki kota konstantinople. Tentera islam ketika itu terbahagi pada tentera darat dan tentera laut.

Sesampainya tentera islam (uthmaniyah) di hadapan kota constantinople, meriam yang besar pun dihalakan pada tembok kota konstantinople yang utuh.
tembok konstantinople merupakan tembok yang stabil dan sukar ditembusi oleh mana-mana peluru meriam kerana ketebalan dan terdapat dua lapisan tembok.  

Sesudah itu, utusan dihantar menghadap pemerintah constantinople untuk menawarkan agar constantinople diserahkan secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah. namun pemerintah konstantinople enggan dan memilih peperangan.

Pada subuh esok hari, Meriam tentera Muslim dilancarkan. Ternyata meriam ini dapat merosakkan tembok ini dengan meninggalkan kesan sedalam enam kaki.

meriam dilancar bertalu-talu...
dengan harapan agar tembok constantinople runtuh dan dapat ditembusi

Kepungan Tentera islam belum lengkap lagi tanpa kehadiran sokongan tentera laut . Kapal-kapal tentera islam tidak dapat masuk kedalam perairan tanjung emas (golden horn) kerana terdapatnya rantai besi yang panjang menghalang laluan kapal asing. Rantai ini cuba dimusnahkan oleh tentera islam dengan meriam dan gergaji tetapi masih gagal.

Dalam masa yang sama, tembakan meriam-meriam tentera muslim masih dilancarkan pada tembok-tembok kota. Tetapi meriam ini mengambil masa 3-4 jam untuk sejuk dan boleh digunakan semula.

Satu malam, Sultan Muhammad Al-Fateh mendapat idea yang teramat luar biasa untuk memindahkan kapal-kapal laut ke dalam perairan tanjung emas (golden horn) untuk membantu serangan tentera darat. Pada malam itu, pokok-pokok ditebang dan dijadikan landasan, dalam keadaan hujan yang renyai, tentera islam memindahkan kapal-kapal merentasi bukit untuk memasuki perairan Tanjung Emas.

Maha suci Allah, dalam satu malam 70 kapal perang berjaya dipindahkan ke dalam Tanjung Emas.


Keesokan paginya , penduduk Konstantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nashid tentera islam. Mereka tidak dapat menyangka dan tidak percaya kapal-kapal tentera islam dapat masuk ke Tanjung Emas tanpa merosakkan rantai besi yang mengawal lalu lintas di tanjung itu.

Ada di antara tentera Konstantinople menganggap mereka menggunakan bantuan syaitan dan jin.

Dalam kekecohan pagi itu, terdengar seorang ahli falsafah byzantine (konstantinople) mengucapkan

"Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"

Selepas berjayanya membawa kapal-kapal memasuki Tanjung Emas, tentera islam mendapat seakan mendapat suntikan semangat baru. Ledakan meriam dan serangan dilancarkan siang dan malam.

Tentera-tentera bantuan dari Eropah lari ketakutan apabila tembakan meriam memusnahkan salah satu kapal dagang di Tanjung Emas. Mereka lari dari medan perang melalui Kota Gala.

Penduduk telah menyedari bahawa tentera islam telah mengorek terowong bawah tanah untuk masuk ke pusat kota. Kegelisahan dan ketakutan melanda semua penduduk sehinggakan mereka curiga dengan tapak kaki sendiri . Mereka merasakan bahawa tentera islam boleh keluar bila-bila masa dari tanah.

Dengan keadaan berpihak pada tentera islam , Sultan Muhammad sekali lagi telah mengutuskan seorang utusan untuk menawarkan pada Pemerintah Konstantinople agar menyerahkan kota Konstantinopel dengan aman.
namun Pemerintah Konstantinopel enggan. balasnya

"... syukur kepada Tuhan
kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi aku bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayat demi takhta... atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!


mendengar balasan itu, Sultan Muhammad Al-Fateh berkata

"Baiklah... tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Konstantinopel itu sama ada takhta atau keranda...!".


Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil awal 857 hijrah.


Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...