Anda dapat melihat jelas gambar di atas? Bila anda dikehendaki untuk menyebut namanya adakah anda yakin anda boleh menjawabnya dengan betul? Di sini saya ingin menyeru sahabat-sahabat di luar sana agar dapat sama-sama mengulangkaji dan mencari kebenaran dalam Sirah Islamiyah.
Friday, October 29, 2010
Thursday, October 28, 2010
Sultan Muhammad al-Fateh
Entry kali ini, saya bawakan satu kisah yang mungkin jarang-jarang kita dengar. Ini adalah kisah seorang khulafak islam semasa era pemerintahan Uthmaniah.
“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine
Siapakah Sultan Muhammad al-Fateh?
Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M. Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad II dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel.
Wednesday, October 27, 2010
Terima kasih dari pengarang
Terima kasih kepada pembaca blog berani kerana BENAR. Di sini hamba nak berkongsi sedikit sebanyak kisah-kisah berani kerana BENAR. Semoga apa yang kawan cuba sampaikan di sini dapat dikongsi bersama dan menjadi pemangkin kepada belia & beliawanis akan datang.
Segala cadangan dan kritikan amatlah kawan hargai. Sekian terima kasih.
Segala cadangan dan kritikan amatlah kawan hargai. Sekian terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)